http://nochs.deviantart.com/art/our-lady-Rafflesia-Arnoldii-147440782

Saturday, 8 December 2012

Ujian ALLAH "AYAH"

*tiada wang atau ungkapan yang dapat mengantikan kasih sayang seorang AYAH yang tidah pernah berbelah bahagi menyayangi anak2nya bahkan langsung tidah penah sesekali mengabaikan tugasnya sebagai seorang ayah.


Jangan menayang sayu.
apa paling besar yg boleh kau dapat "sekadar kesedihan " itu!
cuma itu dapatmu !

menangis lagi~

Puteri kecilku....
Si kecil yg dahulunya dijaga,dibelai,dimanja tanpa kenal erti jemu sehingga genap umurnya 13tahun sekelip mata hilang "SEGALANYA"

apa hilangnya?

perhatian HAKIKI itu !!

aku pinjamkan kata kekuatan yg aku genggam-

laa takhaaf
walaa tahzan.

Masya'ALLAH 
Ketabahan hati seorang bapa meruntuhkan hati dan jiwa kami sekeluarga untuk menghadapi dugaan yang maha kuasa ini.

Kini genap 7tahun, 
Detik jam 8.15 minit mlm, pada 18/09/2006 dengan menunggang motorsikal bernombr PS9905 terciptah sejarah buat keluarga kami, dimana ayahku mengalami kemalangan teruk bersamaku.Tuhan itu lebih mengetahui , ujian buat kami..tiba2 ada sebuah motorsikal melangar kami dari arah belakang.Sekelip mata, keadaan seolah2 mimpi dimana aku baru sekejap td sempat bermanja2 bersama ayah dan akhirnya apabila aku sedar dari pengsan cuma terlihat ayahku dlm keadan sangat menyedihkan berlumuran darah tertiarap dan mukanya mengadap kearahku.. Subahanalllah,ayahhh! ya Allah ya tuhanku selamatkan lah ayah ku! adik sayang ayah! jgn tinggalkn adik! itu saja yang aku mampu aku jeritkan dari jauh dimana mereka yang menolong cuba untuk menenangkan aku.Kami dikejarkan ke hospital Sungai Petani secara berasingan.Setibanya ku didalam unit kecemasan.....Astagfirullahalazim... 

pause

Tuhanku..
Selamatkanlah ayahku.

Tertunduk ! terduduk !
Ditariknya aku keluar..

Aku xdapat mengawal perasaan mereke pula sedang berusaha menyelamatkan ayahku dlm keadaan yg sngt menyedihkan, menyedut darah dri dlm badan,mengelap darah,memberi bantuan gas, ada pula yg sedang mngunting bju dan seluar.akhirnya ayahku dkejarkan ke hospital Metro bg pemeriksaan di bahagian dalaman "xray".

Tabah..

Dengan laporan Doktor ayahku mengalami pendarahan otak,akibat kecederaan teruk di kepala,patah tulang rusuk kiri,patah bahu kiri, mata dan luka2 di kaki kiri.Aku pula mengalami luka2 dkepala, belakang badan, kedua2 belah kaki, dan betis kanan.Ayah dirawat di ICU selama 16 hari dan CCU selama 7 hari.Manakala pembonceng yg melanggar kami MATI dan penunggangnya hanya  patah tangan kanan.

Allah mndengar doa keluargaku..

Keadaan semakin baik,ayahku semakin pulih tetapi ayahku dberi ujian hilang ingatan dan tidak boleh berjalan.Ketabahan keluarga lebih2 lg ibuku memberi semangat kepada ayah untuk terus mnjalani hidup.

Kini puteri kecilnya yg dulu dimnja,yg dbelai ditidurkannya tiada dlm ingatannya,nama juga hilang dlupainya..aku begitu rapat dahulunya kini tabah dengan dugaan ni,sememangnya aku perlu tabah menerima dugaan ini kerana besar jiwamu AYAH. menepis segala dugaan untuk mncari sesuap nasi untuk kami.

Betapa mulia hatimu..
Sungguh pun aku hilang perhatiaanmu AYAH.

tetapi..

Aku bersyukur masih mempunyai AYAH

pesan aku..
YAKIN..
adanya ayah. adalah kita..
xkira buruk mana pun dia.

Dia tetap AYAH kita ! :'))
 ALHAMDULILLAH