http://nochs.deviantart.com/art/our-lady-Rafflesia-Arnoldii-147440782

Thursday, 13 December 2012

Ketetapan Titik Permulaan..



“hayati dan kamu boleh merealisasikannya”

Soo interesting.

Menarik!!

That my new  favorite book  I have.ia sebuah buku mempunyai panduan yg beribawa bagi mncapai pemafaatan diri dan cara bagaimana kita dapat memberi focus kepada perkara2 yg mustahak bagi menghasilkan kesan yang benar2 bermakana.

Menjadi baik,lebih baik dan terbaik satu paduan yang jelas didalam bku tersebut dalam mengkaji dan mengajar teknik-teknik bagi kita mencapai potensi sebenar diri dengan kejelasan focus,penetapan matlamat,pegurusan masa,dan perancangan strategi demi meningkatkan perawakan peribadi,pesona diri dan pengertian besar bagi hidup dan kehidupan..

Pause..

Serba sikit yang boleh saya kongsi:_

Buka potensi diri
-Setiap insan hebat mencapai keunggulan,setiap insan Berjaya mencapai kejayaan,menurut kadarnya,kerana dia menumpukan kekuatannya pada saluran tertentu.

Gandakan produktiviti
-Syarat pertama kejayaan adalah keupayaan menumpukan tenaga fizikal dan mental kita pada satu masalah tanpa berasa lelah.

Mudahkan Hidup Kita
-Merumitkan keadaan satu tugas yang mudah,tetapi memudahkan keadaan satu tugas yang rumit.

Memanfaatkan Sumber Berharga Kita
-kejayaan adalah memfokuskan seluruh kekuatan jiwa dan raga kita demi mencapai cita-cita yang membara.

Amalkan Perancangan,Strategi Peribadi
-Tiada apa yang dapat menambahkan lagi kekuatan dalam hidup lebih daripada menumpukan seluruh tenaga pada sasaran yang terhad.

Semarakkan Perniagaan dan Kerjaya Kita
-Kita boleh lakukan apa sahaja yang kita mahu lakukan,miliki apa sahaja yang kita mahu miliki,menjadi apa sahaja yang kita mahu jadi.

Meningkatkan kehidupan dan Peribadi Kita
-Kejayaan dalam kehidupan umum tidak dapat menggantikan kegagalan dalam kehidupan.

Mencapai Kebebasan Kewangan
-Akal fikiran adalah sumber asal bagi semua kekayaan.semua kejayaan,semua keuntungan material,semua penemuan dan ciptaan hebat,dan semua pencapaian.

Nikmati Kesihatan dan Kecergasan yang Hebat
-Fikiran membawa kepada maksud;maksud menerbitkan tindakan;tindakan membentuk tabiat;tabiat menetapkan peribadi menentukan sesuatu.

Mencapai Potensi Diri Sepenuhnya
Potensi rata-rata orang ibarat lautan luas yang belum dilayari,benua yang belum diterokai,sejuta kemungkinan menanti dilepaskan dan disalurkan ke arah kebaikan,

Mengubah Keadaan Komuniti Kita
-Kelebihan amalan berbakti kepada orang lain adalah’apa yang kita terima sentiasa lebih baik daripada apa yang kita hulurkan.Tindak balas sang penerima lebih besar ertinya daripada tindakan sang pemberi.

Pembangunan Spiritual dan Ketenangan Jiwa
-Hanya dengan mata hati seseorang itu dapat melihat dengan sewajarnya;apa jua yang mustahak tidak kelihatan oleh mata kasar.

“MENCARI TITIK FOKUS KEHIDUPAN”
                                                                                                                                         

                                                                                                          BY;Denis Waitley,The Seven Sacred Tryths